[VIDEO] Kes kehilangan Eric kini diklasifikasi sebagai kes bunuh: Polis

Polis kini mengklasifikasikan kes kehilangan Eric Chang Wei Jie sebagai kes bunuh. - Gambar hiasan
Polis kini mengklasifikasikan kes kehilangan Eric Chang Wei Jie sebagai kes bunuh. - Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Polis kini mengklasifikasikan kes kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jie, sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ashmon Bajah berkata, berdasarkan siasatan terkini, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berbanding sebelum ini iaitu ia disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Dua suspek iaitu pasangan penjaga yang telah ditangkap akan terus direman untuk siasatan lanjut.

"Usaha pencarian kini diperluas dengan bantuan pasukan Marin Wilayah 5 Kuching serta bantuan jabatan bomba serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sekitar perairan sungai Muara Tebas dan kawasan sekitar,” katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Ahad malam.

Sebelum ini, Eric telah dilaporkan hilang dari sebuah rumah di kawasan perumahan Bintawa, di sini, pada 7 Mac lepas.

Sementara itu, Ashmon menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: